Janji Arlisa mengisahkan tentang perit getir kehidupan kembar seiras , iaitu Arlisa Irish dan Arlisa Irine . Kembar ini berbeza dan tidak sehaluan , dibesarkan dalam keluarga yang besar dan mewah . Perwatakan Irish yang agak keras kepala dan degil membuatkan ramai yang kurang meminatinya , akan tetapi Irish mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian . Manakala Irine pula lain sikapnya , Irine lebih matang dan rasional membuatkan ramai yang meminatinya berbanding Irish . Ini menyebabkan Irish berdendam dan cemburu akan kelebihan saudara kembarnya , Irine . Irine merupakan seorang pelajar cemerlang tingkatan 4 . Sedikit pun dia tidak membenci adik kembarnya walaupun sering didengki olehnya.
Irish tetap mempunyai teman walaupun egonya tidak dapat dikawal , Diana . Diana sentiasa ada untuk Irish dan sentiasa menyokong pihak Irish . Irine pula mempunyai 2 sahabat karib , Syaz dan Irham . Irham sudah lama menjadi rakan baik Irine , dalam diam , Irham menyimpan perasaan terhadap kembarnya , Irish . Irine pula sudah lama menyukai Irham . Bagaimanakah kisah selanjutnya tentang kembar ini ? Nantikan Arlisa Irish Episod 1 ^_^ .
Arlisa Irish dan Arlisa Irine
Arlisa Irish
Arlisa Irine
Diana
Syaz
Irham